27/10/2015:A-D-S-1-M Platform Realisasi Program Transformasi Luar Bandar

Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (A-D-S-1-M) merupakan platform merealisasikan program tranformasi luar bandar untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berilmu dan berdisiplin kerja.

Penolong Pengarah KEMAS Sabah, Rogayah Abdul Mumin berkata A-D-S-1-M merupakan penggabungan Anugerah Desa Cemerlang dan Anugerah Desa Sejahtera.

Sebanyak sembilan kriteria diperlukan untuk melayakkan sesebuah kampung dipilih dalam ADS1M antaranya ialah patriotisme dan kemerdekaan, pendidikan dan latihan, kebersihan dan kesihatan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita RTM dalam majlis penghakiman ADS1M peringkat negeri Sabah di Kampung Damai semporna.

Beliau yang juga ketua urusetia pertandingan itu berkata, panel hakim yang dilantik untuk membuat penilaian terdiri daripada pelbagai jabatan persekutuan dan negeri.

Johan peringkat negeri akan menerima wang tunai sebanyak 12-ribu ringgit beserta 3-ribu ringgit sebagai insentif merdeka, manakala naib johan 10-ribu ringgit dan tempat ketiga 8-ribu ringgit.

 

END/Suraydah-an

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s