27/10/2015:Bangunan Pasar Am Donggongan Mula Beroperasi

Bangunan Pasar Am Donggongon, Penampang baharu yang siap dibina pada 13 Oktober lepas kini mula beroperasi seperti biasa. Bangunan baharu itu menggantikan bangunan asal pasar yang terbakar pada 31 Mei 2010.

Bagaimanapun disebabkan masih terdapat kekurangan dalam rekabentuk seperti dakwaan peniaga, Majlis daerah Penampang serta agensi berkaitan akan menilai semula perkara itu.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Joachim menyatakan demikian dalam sidang media ketika mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam Majlis Perasmian Pasar Am Donggongon di Penampang.

Jelasnya, kerajaan dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang akan sentiasa berusaha membaiki pasar am tersebut menepati ciri-ciri keselamatan dan rekabentuk selain mengutamakan keselesaan para peniaga dan orang ramai.

Pembinaan semula pasar baharu dengan kos 400 ribu ringgit itu mampu menempatkan sebanyak 109 buah gerai pelbagai jualan berbanding 85 buah gerai sahaja di bangunan pasar lama.

 

Ends/Shon/RA/Cov-an

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s