27/10/2015:Bantu Tangkis Persepsi Negatif

Program Lawatan Integrasi anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) antara penduduk Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan membantu menangkis persepsi negatif terutama mengenai isu perkauman dan agama.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menerusi lawatan sedemikian bukan sahaja dapat membetulkan persepsi masyarakat malah secara tidak langsung menunjukkan keharmonian yang terdapat di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian selepas meraikan rombongan pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam majlis makan malam di Beringgis Papar.

Jelasnya, keharmonian antara rakyat pelbagai kaum amat penting bagi memastikan perpaduan terus utuh sekaligus dapat membina negara yang aman damai.

Mengulas lawatan tersebut, Datuk Rosnah berkata selain memberi pengalaman dan pengetahuan mengenai budaya rakyat Sabah ia juga dapat memberi pendedahan mengenai kepesatan pembangunan di Sabah.

Ends/an/st-an

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s