27/10/2015:Galak Perkongsian Dalam Penyediaan Bekalan Elektrik Berasaskan Tenaga Hijau

Kerajaan negeri menggalakkan perkongsian mana-mana pihak dalam penyediaan bekalan elektrik berasaskan tenaga hijau berskala besar dan tenaga boleh diperbaharui di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata, ia boleh dicapai dengan lebih banyak penyelidikan dan pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui untuk mengurangkan kebergantungan Sabah terhadap penggunaan bahan api fosil sebagai sumber tenaga utama.

Katanya, penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui daripada sungai, solar, ombak, turbin, angin dan geotermal bukan sahaja menawarkan alternatif kuasa yang mapan dan kos efektif malah memenuhi permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di negeri ini.

Justeru, inisiatif tersebut perlu disokong pihak-pihak berkepentingan dan dalam masa sama kerajaan menyediakan garis panduan bagi memudahkan pelaburan seperti infrastruktur yang mencukupi, insentif, teknikal dan bantuan kewangan.

Beliau berucap dalam seminar ‘Tenaga Boleh Diperbaharui : Bekalan Elektrik Untuk Masyarakat Luar Bandar’ di Kota Kinabalu.

Tahun lalu, tenaga boleh diperbaharui menyumbang 5 peratus daripada jumlah grid elektrik yang dijana Sabah.

(Maria/Cov-an)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s