27/10/2015:Golongan Belia Akan Terus Diperkasa

Golongan belia di negeri ini akan terus diperkasa menerusi pelbagai program yang disediakan kerajaan. Ini kerana golongan belia merupakan tonggak kepada masa depan negara.

Menurut Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah, kerajaan melalui kementeriannya menumpukan usaha kepada pembangunan belia luar bandar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas merasmikan Penangguhan Taklimat Keusahawanan Bersama Agensi-Agensi Kerajaan dan Bengkel Pidato di Kompleks Sukan Sandakan.

Jelasnya, belia luar bandar merupakan tumpuan beberapa inisiatif pemerkasaan kerajaan di bawah Program Transformasi Luar Bandar, iaitu usaha menyeluruh membangunkan kawasan luar bandar dari segi fizikal dan ekonomi sambil mengekalkan identiti luar bandar tersebut.

Taklimat selama 2 hari itu dianjurkan Persatuan Belia Daerah Tongod dan Pemuda UPKO Bahagian Kinabatangan.

 

End/amran/saziri/cov-FLA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s