27/10/2015:Pastikan Rakyat Nikmati Program Disediakan Kerajaan

Wakil Rakyat, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Badan Bukan Kerajaan perlu bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan rakyat dapat menikmati pelbagai program yang disediakan kerajaan.

Antaranya, program menjaga keselamatan diri dan kawasan kejiranan, program kesedaran kesihatan, penjagaan kebajikan, kesedaran bahaya dadah serta program keusahawanan.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas merasmikan Program Melangkah Bersama Komuniti di Dewan Kampung Longob, Kota Marudu.

Program Melangkah Bersama Komuniti berkenaan merupakan antara strategi lautan biru (NBOS) untuk memberi taklimat kesedaran penyakit diabetis kepada penduduk setempat.

 

Ends/Juliana/Ta/Cov-an

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s