29/10/2015:90 Peserta Akan Menyertai Seminar Pengurusan Kewangan Dalam Pendidikan

Seramai 90-peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan para pegawai pengurusan tertinggi dari beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan akan menyertai Seminar Pengurusan Kewangan Dalam Pendidikan di Kota Kinabalu, 2 November depan.

Pengarah program itu, Mohd Hafiz Esa berkata seminar tersebut turut akan disertai ketua-ketua serta pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah dan Sarawak termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya, Kent Tuaran, Keningau, Tawau dan IPG Batu Lintang, Sarawak.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, beliau menjelaskan, seminar itu antara lain bertujuan memberi pemahaman mengenai pendekatan kontemporari dan huraian terkini untuk memahami, menghayati serta mengamalkan tentang tatacara kewangan.

Ia sekaligus mencetuskan percambahan idea dan pendekatan inkuiri menerusi pengalaman atau pemerhatian dalam pengurusan kewangan.

Seminar anjuran Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dijangka dirasmikan Dekan Fakulti tersebut, Profesor Dr. Ismail Ibrahim.

 

Ends/alizaali/Farizie/WN

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s