29/10/2015:Beri Peluang Baharu Untuk Kembangkan Perniagaan Koperasi

Koperasi-koperasi di bawah gugusan Felda Wilayah Sahabat disaran meneroka peluang-peluang baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan koperasi.

Pengurus Besar Wilayah Sahabat, Datuk Juani Saleh berkata penerokaan peluang-peluang berkenaan penting dalam memastikan perkembangan pesat koperasi agar tidak terhad di bawah rancangan pihak felda semata-mata.

Katanya, terdapat 12-koperasi di bawah gugusan Felda Wilayah Sahabat yang berjaya memberi manfaat sebanyak dua ribu 500-ringgit bagi setiap seribu 647-keluarga peneroka Felda wilayah itu.

Beliau ditemui pemberita RTM selepas menyampaikan Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah dalam Majlis Mesyuarat Permuafakatan Wilayah Sahabat di Tawau.

Dalam majlis itu, Koperasi Peneroka Felda Umas 4 berjaya mendapat tempat pertama dalam Anugerah Koperasi Terbaik, manakala Koperasi Peneroka Felda Sahabat 5 dan Felda Umas masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan penilaian terhadap pengurusan jumlah keuntungan bagi setiap urusniaga koperasi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk manfaat setiap ahli koperasi.

 

Ends/alizaali/twu/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s