29/10/2015:Kementerian Masih Menunggu Keputusan Siasatan Taman-Taman Sabah

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar masih menunggu keputusan siasatan Taman-Taman Sabah (T.T.S) berhubung gambar bogel sekumpulan pelancong yang didakwa dirakam di sebuah pulau di Semporna.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata siasatan teliti dilakukan untuk memastikan kesahihan lokasi gambar berkenaan dirakam kerana ia berlaku pada 2013.

Datuk Masidi yang ditemui media di Kota Kinabalu, mengulas penyebaran gambar bogel sekumpulan pelancong di sebuah pulau di Semporna, baru-baru ini.

Beliau yang memandang serius perkara itu berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan minda terbuka dan jika ia benar-benar berlaku, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit.

Di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan, melakukan perbuatan lucah di tempat awam merupakan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Ends/alizaali/sahira/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s