29/10/2015:Kumpul Dana Untuk Bantu Persatuan Kinabalu Pink Ribbon

Seramai seribu orang dijangka hadir menjayakan Majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan Kinabalu Pink Ribbon di Kota Kinabalu, SABTU INI.

Presidennya, Hajah Natrah Arif berkata penganjuran acara sempena Ulang Tahun Ke-5 penubuhan persatuan itu bertujuan mengumpul dana bagi persatuan tersebut.

Katanya, dana berkenaan akan digunakan untuk membeli sebuah van yang akan diubah suai menjadi klinik bergerak untuk melaksanakan kempen kesedaran kanser payu dara terutama di kawasan perkampungan.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan bertujuan menjemput Toh Puan Hajah Norlidah selaku penaung persatuan itu untuk merasmikan Majlis Makan Malam Amal berkenaan.

 

Ends/alizaali/sahira/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s