29/10/2015:Penyelesaian Masalah Jalan Masuk Kompleks Sukan Lahad Datu Masih Dalam Perbincangan

Majlis Daerah Lahad Datu dan pihak pengurusan Kompleks Sukan Lahad Datu kini dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan masalah jalan masuk ke kompleks sukan itu.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan berkata penyelesaian masalah tersebut penting untuk memastikan Kompleks Sukan Lahad Datu segera mendapat Sijil Layak Menduduki.

Katanya, kompleks sukan itu yang menepati piawaian Persekutuan Olahraga Antarabangsa telah siap Oktober lalu dan selamat untuk dibuka kepada umum.

Bagaimanapun, ia terpaksa ditutup daripada digunakan orang ramai atas sebab keselamatan berikutan jalan dua hala ke kompleks itu masih dalam pembinaan.

Datuk Tawfiq ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Ke-23 SK Pekan Lahad Datu 2015 di Lahad Datu.

Fasa pertama pembinaan Kompleks Sukan Lahad Datu yang telah siap sepenuhnya melibatkan kos 15-juta ringgit, manakala bagi fasa seterusnya akan dibina tertakluk pada peruntukan kementerian.
Ends/alizaali/masniah/hasbi/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s