29/10/2015:Rakyat Bakal Nikmati Bekalan Elektrik Lebih Stabil

Rakyat Sabah bakal menikmati bekalan elektrik lebih stabil dan mampan dengan pembinaan stesen jana kuasa dengan kos 2.3-billion ringgit yang dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, stesen jana kuasa tersebut berkapasiti pada tahap margin antara 15 hingga 20-peratus.

Ditanya tentang cadangan penyambungan saluran gas dari barat ke timur Sandakan, katanya perkara tersebut akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Panel Perunding Tenaga Peringkat Negeri Sabah (PPTNS) di Kota Kinabalu.

Panel mesyuarat ini terdiri daripada 23 organisasi iaitu wakil-wakil kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan profesional, Persatuan Pengguna Sabah, penjana bebas serta penjana sumber tenaga boleh diperbaharui. Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Dato’ Abdul Razak Abdul Majid.

 

Ends/alizaali/fla/ju/oli/ta/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s