Monthly Archives: November 2015

26/11/2015:DUN Sabah Lulus Usul Berkaitan Tindakan Nurul Izzah

Hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, HARI INI meluluskan usul berkaitan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013, untuk menyokong usaha membebaskan ayahnya. Teruskan membaca

26/11/2015:Sabah Mempunyai Jumlah Rezab RM 3 Bilion

Sabah mempunyai jumlah rezab kira-kira tiga bilion ringgit untuk memastikan pembangunan sosio ekonomi negeri kekal berterusan pada masa akan datang.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, penggubalan belanjawan surplus adalah bagi mendokong usaha peningkatan kedudukan wang simpanan atau rezab negeri. Teruskan membaca

26/11/2015:Diskaun Bayaran Saman Sehingga 30 Peratus Bermula Januari

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan pemberian diskaun sehingga 30-peratus bagi pembayaran saman bermula Januari depan.

Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Sri Ismail Ahmad berkata, pemberian diskaun itu sempena pelaksanaan JPJ mendekati rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik di kawasan tumpuan orang ramai khususnya luar bandar. Teruskan membaca

26/11/2015:Proses Penyemakan Dilaksana Februari 2016

Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menggunakan tiga strategi bagi mencapai 90 peratus guru asal Sabah mengajar di negeri ini dalam tempoh tiga tahun bermula tahun depan. Teruskan membaca

26/11/2015:IPG Diperkenal Untuk Tambah Pendapatan Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah

Kerajaan memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (I.P.G) untuk menambah pendapatan pekebun kecil dan penoreh getah yang berkuatkuasa 1 September tahun ini. Teruskan membaca

26/11/2015:Festival Muzik Bambu Mampu Tarik Pelancong Ke Sabah

Festival Muzik Bambu berpotensi dijadikan salah satu produk pelancongan unik yang mampu menarik pelancong ke negeri ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston berkata, satu rangka strategik akan diambil bagi menganjurkan program itu secara besar-besaran dan lebih meriah pada tahun depan. Teruskan membaca

26/11/2015:PPA1M Akan Diperluas Ke Daerah Lain

Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (P-P-A-1-M) akan diperluaskan lagi ke daerah-daerah lain di negeri ini. Ia akan dilaksanakan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri. Teruskan membaca