03/11/2015:700 Peserta Dijangka Sertai Perlumbaan Berbasikal Jamboree Terbuka Kota Belud

Kira-kira 700 peserta dijangka menyertai Perlumbaan Berbasikal Jamboree Terbuka Kota Belud 2015 anjuran Kota Belud Cycling Club (KBCC) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada 22 November INI.

Menurut kenyataan media Pengerusi penganjur yang juga Presiden KBCC, Mohd Mustazar Bundah, perlumbaan sejauh 40 kilometer ini akan bermula di Yayasan Suria, Tuaran dan berakhir di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud.

Sebanyak 4 kategori dipertandingan iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dengan hadiah utama wang tunai seribu ringgit dan trofi, manakala juara kategori Kanak-Kanak 12 tahun menerima 500-ringgit dan trofi.

Pelepasan peserta dijangka disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor. Manakala, majlis penutupan dan penyampaian hadiah dijangka dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga penaung KBCC Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said.

Borang penyertaan dan keterangan lanjut boleh didapati di Pejabat KBCC, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kota Belud atau kedai menjual basikal di sekitar Kota Kinabalu.

 

Ends/st/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s