03/11/2015:Kerajaan Laksana Inisiatif Tingkatkan Akses Internet Di Sabah Dan Sarawak

Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi merapatkan jurang digital serta meningkatkan akses internet di kawasan yang tiada atau kurang liputan, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said berkata, inisiatif itu diperkenalkan di bawah kerangka Pemberian Perkhidmatan Sejagat, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi Sabah, terdapat sebanyak 96 Pusat Internet 1Malaysia, 856 WiFi Komuniti dan 212 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Time 3.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Datuk Salleh turut memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu membentangkan Bajet 2016 juga telah mengumumkan peruntukan 1.2 bilion ringgit untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi termasuk di Sabah dan Sarawak.

 

Ends/ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s