03/11/2015:Lengkapkan Kakitangan Dengan Pelbagai Ilmu Dan Kemahiran

Fenomena globalisasi termasuk dasar ekonomi terbuka, kepesatan teknologi dan sains serta persaingan bakat merupakan antara cabaran penjawat awam ketika ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman menyarankan organisasi perkhidmatan awam menjadi lebih dinamik dan melengkapkan kakitangan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran ke arah perkhidmatan yang cemerlang.

Menurutnya, seiring dengan perkembangan teknologi dunia masa kini, penjawat awam juga perlu lebih proaktif dalam penyebaran maklumat dengan tepat tanpa melanggar sebarang peraturan atau undang-undang negara.

Tan Sri Sukarti berucap merasmikan Dialog Isu Semasa Negara Tahun 2015 Siri 18, dihadiri lebih 300-orang terdiri daripada penjawat awam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.

Tiga isu dibincangkan dalam dialog berkenaan iaitu berkaitan keselamatan dan kestabilan negara, isu perlembagaan persekutuan dan ekonomi.

 

Ends/Sahira/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s