03/11/2015:Pastikan Keselamatan Dan Integriti Maklumat Rasmi Kerajaan Terpelihara

Penjawat awam digesa sentiasa memastikan keselamatan dan integriti maklumat rasmi kerajaan terpelihara daripada ancaman seperti kebocoran, pencerobohan dan manipulasi pihak tertentu untuk kepentingan agenda peribadi.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata, ini kerana ancaman berkenaan berupaya menggugat keselamatan dan keharmonian negara. Maklumat rasmi kerajaan, jelasnya, adalah sulit dan mempunyai akses terhad di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Datuk Siringan berucap demikian ketika merasmikan Seminar ICT Negeri Sabah 2015 di Kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Tuaran.

Beliau juga mahu penjawat awam sentiasa peka serta proaktif dalam membuat penilaian terhadap sistem keselamatan sedia ada dan mengenalpasti kelemahan yang wujud serta langkah-langkah mengatasinya dengan berkesan.

Semua pihak juga diminta mengamalkan kawalan dalaman diri termasuk mempertimbang implikasi maklumat yang dikongsi, selain amanah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

 

Ends/Shon/DD/Cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s