03/11/2015:Polis Nafi Dakwaan Kegiatan Penculikan Kanak-Kanak

Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat kumpulan penculik yang sedang aktif menjalankan kegiatan penculikan kanak-kanak bagi tujuan pemerdagangan organ di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapati berita yang diviralkan di laman media sosial itu tidak benar dan maklumat berkaitannya juga adalah palsu.

Beliau dalam kenyataan media di Kota Kinabalu menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat atau berita yang disebarkan sewenang-wenangnya di laman media sosial. Perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menimbulkan kerisauan orang awam.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pihak polis akan memastikan keadaan di negeri ini adalah selamat.

 

Ends/Mun/Wn/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s