04/11/2015:Bentuk Jati Diri Penjawat Awam Berintegriti

Modul Inisiatif Transformasi Desa (Intrade) menerusi Program Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam (D.P.A) yang diperkenal Institut Tadbiran Awam (INTAN) mampu melahirkan penjawat awam yang menyumbang kepada kecemerlangan pentadbiran negara.

Wakil Rakyat Bongawan, Datuk Mohamad Haji Alamin berkata pelaksanaan modul tersebut berupaya membentuk jati diri penjawat awam berintegriti dan berprestasi tinggi, sekaligus memperkemas sistem penyampaian sektor awam lebih cekap, berkualiti dan berinovasi.

Ia selaras saranan Ketua Setiausaha Negara agar setiap program berkaitan penjawat awam dilaksana berteraskan elemen integrasi nasional termasuk memahami latar belakang sejarah, sosio budaya dan sistem pentadbiran negeri-negeri.

Datuk Mohamad ditemui media selepas menutup Program INTRADE di Bongawan.

Program tersebut merupakan usaha berterusan INTAN dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam demi manfaat penjawat awam serta masyarakat setempat.

INTRADE 2015 di Sabah melibatkan 148-Kadet DPA yang menjalani latihan di Papar dan Tuaran.
Ends/alizaali/sjk/roslan/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s