04/11/2015:Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Bermula ESOK

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais pengambilan jawatan konstabel lelaki di beberapa lokasi di seluruh negara bermula ESOK.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata calon yang telah mendaftar melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh hadir ke lokasi dan tarikh ditetapkan. Mereka dikehendaki menjalani ujian fizikal dan berada di lokasi ditetapkan pada pukul 7.15-pagi dengan berpakaian sukan iaitu seluar panjang sukan, t-shirt berkolar dan kasut sukan.

Dalam kenyataan di ibu negara, beliau berkata kesemua calon dikehendaki membawa dokumen asal dan peralatan semasa ujian iaitu kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, sijil berhenti sekolah, surat atau lain-lain penghargaan, masing-masing beserta satu salinan.

Selain itu, calon juga dikehendaki membawa masing-masing satu salinan kad pengenalan bapa, sijil kelahiran atau sijil kematian bapa; kad pengenalan ibu, sijil kelahiran atau sijil kematian ibu; satu keping gambar terkini calon berukuran pasport, pen ball-point hitam, liquid paper serta gam dan seluar pendek bagi pemeriksaan fizikal.

Di Sabah, lokasi ujian fizikal dipecahkan kepada Zon 1 Sabah (A) bermula ESOK hingga 18 November di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, manakala Zon 2 bermula ESOK hingga Ahad ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

 

Ends/alizaali/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s