04/11/2015:JHEAINS Diminta Selaras Penyediaan Prasarana SAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diminta menyelaras penyediaan prasarana di Sekolah Agama Negeri (SAN) untuk membolehkan setiap SAN dilengkapi Tadika JHEAINS.

Ketika menyuarakan perkara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif berkata usaha itu penting kerana prestasi Tadika JHEAINS sentiasa menunjukan pencapaian terbaik berbanding tadika-tadika lain.

Datuk Arifin yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah mahu Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Agama Islam Sabah sentiasa mengkaji dan meningkatkan kurikulum di Tadika JHEAINS dan SAN.

Datuk Arifin ditemui media selepas merasmikan Mini Konvokesyen 415-Kanak-kanak dari 13-Tadika JHEAINS Peringkat Negeri Sabah 1437 Hijrah di Dewan Saadah, Wisma Muis, Kota Kinabalu. Sehingga kini, terdapat 104-SAN dan 16-Tadika JHEAINS di negeri ini.
Ends/alizaali/sahira/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s