04/11/2015:JPAM Sasar 296 Kampung Di Sabah Mempunyai CDERT-C

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (J-Pam) menyasarkan keseluruhan 296-kampung di negeri ini akan mempunyai Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kesiapsiagaan Awam Komuniti (CDERT-C) menjelang tahun depan.

Menurut Pengarah JPAM Sabah, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin, ketika ini, CDERT-C telah diwujudkan di 273-kampung, manakala baki 23-kampung di empat daerah iaitu Tenom, Ranau, Tambunan dan Beluran dijangka dirasmikan tahun depan.

Dalam temubual khas bersama RTM di Kota Kinabalu, katanya penubuhan CDERT-C kali ini bukan sahaja melibatkan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), malah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) masing-masing mewakili pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Selaras pelantikan JPAM sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana, baru-baru ini, beliau memberitahu, pihaknya telah memohon penambahan logistik aset udara dan air berdasarkan keperluan daripada peringkat pusat.

Tahun ini, JPAM telah menerima tujuh Ambulance Medical Rescue Vehicle, 3-Pacuan Empat Roda Light Rescue Vehicle, 4-Water Rescue Vehicle. JPAM Sabah kini mempunyai lebih 46-ribu anggota.

Ends/alizaali/oli/ra/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s