04/11/2015:MPSS Cadang AKS Diperluas Ke Sabah Dan Sarawak

Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (M.P.S.S) mencadangkan agar Agensi Keselamatan Sempadan (A.K.S) yang mula berkuat kuasa secara pentadbiran pada Isnin, diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Sambil menyokong penuh penubuhan AKS dalam usaha menangani ancaman jenayah rentas sempadan, Setiausaha MPSS, Mohd Zaki Harry, bagaimanapun berharap ia tidak hanya ditubuhkan di Semenanjung, malah perlu dikembangkan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, Sabah juga mempunyai sempadan darat dengan dua negara, Brunei dan Indonesia, selain turut mempunyai sempadan laut dengan Indonesia dan Filipina.

Dalam kenyataan di Tawau, beliau berkata penubuhan AKS sangat bertepatan serta relevan kerana diyakini berupaya menangani jenayah rentas sempadan, selain mampu menambah baik isu berkaitan pengurusan sempadan.

Sehubungan itu, Mohd Zaki Harry berkata AKS dilihat berupaya memperkasa kewibawaan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) dan boleh menjadi sebahagian daripada elemen penguatkuasaan dan pemantauan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Penubuhan AKS diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.

 

Ends/alizaali/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s