04/11/2015:Persidangan Antarabangsa H.O.B Bermula 11 November

Persidangan Antarabangsa Heart of Borneo (H.o.B) yang akan membincangkan inisiatif pemuliharaan kawasan tadahan hujan dan Persidangan Ramsar Sabah akan diadakan di Kota Kinabalu selama dua hari bermula 11 November.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dijadual melancarkan kedua-dua persidangan itu yang akan berlangsung serentak.

Dalam kenyataan di Kota Kinabalu, jelasnya objektif persidangan adalah untuk menyediakan platform menyebar dan membincangkan pelbagai inisiatif berkaitan pemuliharaan kawasan tadahan hujan dalam koridor ekologi di kawasan daratan dan kawasan laut HoB.

Seramai 600-peserta daripada pelbagai sektor di dalam dan luar negara telah mengesahkan kehadiran pada persidangan berkenaan.

Pameran mengenai inisiatif pengurusan kawasan tadahan hujan oleh pelbagai pihak di rantau ini juga akan diadakan.

Menurut Datuk Sam lagi, beberapa memorandum persefahaman juga akan ditandatangani kerajaan negeri dengan pelbagai pihak.

 

Ends/alizaali/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s