04/11/2015:Rakaman CCTV Bantu Polis Akses Maklumat

Lebih banyak pihak sama ada agensi kerajaan dan swasta mahupun individu atau ahli perniagaan disaran menyertai Program Safecam Partnership dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat, premis dan rumah masing-masing.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, SAC Omar Mammah berkata langkah itu berupaya mencegah penjenayah melakukan jenayah di premis-premis terlibat.

Ini kerana pemasangan CCTV dapat merakam imej dan pergerakan penjenayah yang cuba menceroboh premis berkenaan.

Tegasnya, rakaman CCTV mampu membantu polis mengakses maklumat bagi proses siasatan terutama untuk mengesan penjenayah.

SAC Omar bercakap dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Safecam Partnership antara PDRM Sandakan dengan agensi Kerajaan dan Swasta di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.

Sebanyak 28-premis menandatangan MoU masing-masing dalam majlis itu.

 

Ends/alizaali/wan/saziri/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s