04/11/2015:Usaha Kategorikan Etnik Masih Perlu

Masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak perlu dikategorikan dengan betul untuk mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup berkata usaha mengkategorikan etnik masih perlu bagi pengumpulan data penduduk di negara ini.

Ia demi memastikan dasar-dasar kerajaan, terutama bantuan kerajaan dilaksanakan secara berkesan dan memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

Katanya, usaha itu juga akan membolehkan pihaknya memantau perkembangan golongan minoriti dan menentukan dasar-dasar adalah relevan dengan mereka.

Beliau berkata demikian di Kota Kinabalu sebagai mengalu-alukan pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Perwakilan Tri-tahunan PBRS pada 1 November bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan ruangan ‘lain-lain bangsa’ dalam borang rasmi kerajaan.

Arthur berkata kerajaan perlu mendapatkan khidmat semua pihak berkepentingan relevan termasuk sejarawan dan ahli akademik, dalam menentukan kategori itu.

 

Ends/alizaali/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s