05/11/2015:Polis Tahan Lelaki Tempatan Berumur 54 Tahun

Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun kerana memilik bahan disyaki dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pampang, Keningau, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 10.30 malam itu, polis menemui 20 paket plastik lut sinar disyaki berisi syabu dengan anggaran berat kira-kira 5 gram dalam dompet milik suspek.

Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi pemberita RTM di Keningau.

Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 39 dan Seksyen 15, Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

End/Loy/int/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s