05/11/2015:Wanita Rentung Dalam Kebakaran Di Beaufort

Seorang wanita rentung dan empat lagi melecur selepas sebuah rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pulai Manang, Bukau Beaufort, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Fazilah Unung, 20-an, manakala yang melecur ialah Mariam Lingkup, 79 tahun, Mohd Saleh Wisnan,50, Mohd Azahar Unung, 29, dan Adam Alip, 4 tahun.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K. Ramin dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.37 malam dan sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira setengah jam kemudian, rumah berkenaan telah pun terbakar seratus peratus.

Operasi pemadaman api tamat pada pukul 2.05-minit pagi.
Ends/Ber/St/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s