06/11/2015:88-Peratus Penagih Dadah Di Sabah Adalah Golongan Belia

Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menunjukkan 88 peratus daripada 645 penagih dadah di negeri ini adalah golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun.
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, peratusan penagih dadah itu membimbangkan memandangkan golongan belia aset kepada kepimpinan negara. Jumlah itu sekaligus memperlihatkan agenda menjadikan negara ini bebas dadah masih belum dicapai.
Datuk Jainab bagaimanapun berkata, kerajaan tidak berputus asa dan akan terus mengadakan program pencegahan di semua peringkat.
Beliau berucap pada program ILMU-MAJU-AKTIF-NEKAD (IMAN), Pelajar Bebas Dadah di Sk Sembulan, Kota Kinabalu.
Datuk Jainab yang juga Naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan dan Pengerusi PEMADAM Negeri berkata, terdapat 42 ‘kawasan panas’ dikenalpasti di seluruh negeri. Daripada jumlah itu, 7 kawasan tertumpu di ibu negeri.
Bertemakan ‘Saya Benci Dadah’, program ini disertai hampir 200 pelajar, ibubapa dan guru Sk Sembulan, Kota Kinabalu.

Maria (Farizie/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s