06/11/2015:Cara Baharu Bersihkan Tanah Dengan Bahan Bukan Kimia

SMK Taman Tun Fuad dan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, dinobatkan juara Pertandingan Berkebun Mampan Sekolah-Sekolah Menengah Kota Kinabalu 2015.


Sekolah berkenaan menewaskan 7 sekolah lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, pertandingan itu untuk mendedahkan pelajar tentang cara baharu membersihkan tanah dengan menggunakan bahan-bahan bukan kimia yang dikenali ‘permakultur’.
Katanya, pelajar yang terlibat secara langsung mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang keberkesanan penggunaan mikroorganisma dalam membantu persekitaran mampan.
Datuk Yahya berucap pada majlis tersebut di Kota Kinabalu.
Pertandingan sempena kempen ‘To Earth With Love (T-E-W-L)’ itu mula diperkenalkan pada 2011 bertujuan membersihkan laluan air di Sabah.
Beliau berharap pada 2021, generasi muda akan dapat melihat ikan, tumbuhan akuatik dan air yang bersih.

 

Maria (Azwaani/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s