06/11/2015:Promosi Sabah Secara Agresif Untuk Tarik Pelabur

Kerajaan negeri akan terus berusaha mempromosikan Sabah secara agresif untuk menarik lebih ramai pelabur.

 
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, ia akan dilakukan melalui penganjuran berprofil tinggi acara antarabangsa dan domestik.
Beliau berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (S-I-E-A) 2014/2015 di Kota Kinabalu.Teks ucapan beliau disampaikan pembantunya, Datuk Bolkiah Ismail.

 
Menurut Datuk Raymond Tan, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) juga akan terus mempromosi secara agresif aliran pelaburan asing ke negeri ini, sejajar inisiatif kerajaan meningkatkan perdagangan serantau dan peluang perniagaan selamat terutama dalam sektor pembuatan dan industri berkaitan.

 
Pada majlis itu, syarikat minum Life Water Industries Sdn Bhd dianugerahkan syarikat tempatan terbaik dengan jualan tahunan antara 25 juta kepada 100 juta ringgit, manakala Syarikat makanan dan tekstil Kumpulan BTC Bhd memenangi kategori jualan tahunan antara 10 juta kepada 25 juta ringgit.

 
Syarikat perasa makanan Twinine Sdn Bhd, syarikat tempatan terbaik dengan jualan tahunan di bawah 10 juta ringgit, manakala pembuat coklat buatan tangan Simply Chocolate Sdn Bhd memenangi kategori jualan tahunan kurang daripada 5 juta ringgit.

 
Kesemua syarikat masing-masing menerima wang tunai 5 ribu ringgit, sijil dan trofi. Sementara itu, Kina Roof Industries (S) Sdn Bhd menerima Anugerah Syarikat Harapan dan menerima wang tunai 3 ribu ringgit, sijil dan trofi.

 
Maria (Firdaus/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s