06/11/2015:Tingkat Peranan Wanita Dalam Aktiviti Amal Dan Kebajikan

Kerjasama erat antara Puspanita RTM Sabah dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (L-K-P-I-S) akan meningkatkan lagi peranan wanita dalam aktiviti amal dan kebajikan keluarga ahli dan masyarakat di kedua-dua negeri.

 
Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Abang Sulaiman Abang Joh berkata, ini kerana pengalaman dan kepimpinan kedua pertubuhan wanita itu dalam menganjur serta menyertai program amal dan kebajikan memudahkan mereka melaksana tanggungjawab sebagai badan bukan kerajaan (NGO), seterusnya membantu kerajaan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat.

 
Beliau berucap ketika meraikan rombongan LKPIS di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kepayan, Kota Kinabalu.

 
Sementara itu, Pengerusi LKPIS, Hajah Rodziah Md Isa berharap, kerjasama rapat dapat dijalinkan terutama dalam mengetengah peranan bekas warga RTM dan penggiat seni dalam memperjuangkan nasib serta masa depan anak seni dan penyiar berjasa yang tidak didendangkan agar terus diingati.

 

 

Maria (Salma/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s