11/11/2015:21 Peratus Tanah Negeri Telah Diwartakan Sebagai TPA

Sabah berada dalam landasan tepat untuk meluaskan saiz Kawasan Perlindungan Penuh (T.P.A) kepada 30 peratus daripada keluasan tanah negeri dalam tempoh sedekad lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman ketika menyatakan perkara itu gembira kerana setakat ini 21 peratus tanah negeri telah diwartakan sebagai TPA, menjadikan ia terbaik di Malaysia dan serantau.

Katanya, peratusan tersebut melangkaui sasaran 10 peratus Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar dan sasaran 17 peratus pelbagai jenis ekosistem Konvensyen Kepelbagaian Biologi.

Datuk Musa berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Heart of Borneo (H.o.B) dan Persidangan Ramsar Sabah di Kota Kinabalu.

Hadir sama, penasihat Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) Bhd, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi TRCRC, Tun Jeanne Abdullah dan Pengarah Jabatan Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan.

 

Dalam majlis itu, Datuk Musa turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Niat antara jabatan hutan dan pihak tempatan serta antarabangsa sebagai usaha membentuk institusi pengurusan dan pemuliharaan ekosistem alam sekitar di Sabah.

Beliau turut menerima replika cek 12 juta ringgit dari jabatan hutan yang diperoleh dari Jualan Lelong Balak Deramakot yang merupakan hasil daripada julat keuntungan sekurang-kurangnya 80 peratus.

 

Ends/oli/ta/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s