11/11/2015:Beri Kerjasama Kepada Pegawai Perangkaan

Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada pegawai perangkaan yang menjalankan aktiviti bancian atau penyiasatan di kawasan mereka bermula bulan ini hingga Disember depan.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, Norhayati Jantan berkata, dalam tempoh berkenaan pihaknya akan menjalankan aktiviti pengumpulan data melibatkan Penyiasatan Tenaga Buruh dan Pelancongan Domestik.

Ia antara lain melibatkan pengumpulan maklumat berkaitan pekerjaan, pengangguran serta maklumat berkaitan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan.

Beliau ditemui RTM selepas menjadi tetamu di Konti Sabahfm di Kota Kinabalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengumpul dan mentafsir perangkaan bagi tujuan pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam pelbagai bidang. Antaranya, keperluan perdagangan, perniagaan dan pertanian.

 

Ends/Sahira/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s