11/11/2015:Beri Kesedaran Kepentingan Resolusi Mediasi

Pengenalan Bengkel Mediasi dilihat amat relevan dengan matlamat Mahkamah Anak Negeri untuk memberi kesedaran kepada rakyat kepentingan resolusi mediasi untuk menyelesaikan sebarang pertikaian tanpa perlu melalui perbicaraan.

Berucap merasmikan Bengkel Pengenalan Mediasi di Kudat, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang yakin bengkel berkenaan dapat memperkenalkan jalan penyelesaian terbaik berkenaan isu yang sering dihadapi ketua-ketua kampung dan pemimpin akar umbi di peringkat kampung.

Ia sekaligus dapat menurunkan bilangan kes di mahkamah anak negeri.

Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak merangkap Presiden Mahkamah Rayuan Anak Negeri, Tan Sri Richard Malanjum berkata, usaha menggalakkan mediasi itu bertujuan mengekalkan perpaduan dalam masyarakat tanpa melibatkan undang-undang perbicaraan mahkamah anak negeri.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 40 kes dari Mahkamah Anak Negeri sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan Anak Negeri melibatkan pelbagai kes termasuk masalah keluarga, pembahagian harta dan fitnah.

 

Ends/Shon/RG/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s