11/11/2015:Jadi Pemangkin Peningkatan Ekonomi Negeri

Pelaksanaan program 1Harga 1Sabah seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2016 mampu menjadi pemangkin terhadap peningkatan aktiviti ekonomi negeri ini.

Penganalisis Ekonomi yang juga Pensyarah Kanan Dan Ketua Unit Penyelidikan, Fakulti Peniagaan Dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Sarma Aralas berkata, perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung selama ini menjadi beban kepada rakyat di negeri ini yang perlu membayar lebih untuk mendapatkan barang keperluan.

Menurutnya, program berkenaan akan memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi negeri berikutan peningkatan permintaan terhadap barangan.

Dr. Sarma menyatakan demikian kepada RTM ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2016 di Kota Kinabalu .

Mengulas perkara sama, Ketua Program Kursus Kewangan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Profesor Madya Dr. Imbarine Bujang berkata, program 1 Harga 1Sabah berupaya mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri ini terutamanya yang berada di luar bandar.

Dalam Bajet 2016, lebih 260 juta ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan program 1 Harga 1 Sabah dan 1Harga 1 Sarawak, tahun depan.

 

Ends/Mun/DD/cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s