11/11/2015:Khidmat Pasukan Keselamatan Bantu Licinkan Urusan

Khidmat pasukan sukarelawan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sangat diperlukan untuk membantu melicinkan urusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(ESSCom).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keselamatan negara bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan melalui pasukan keselamatan, tetapi ia memerlukan kerjasama pelbagai
pihak termasuk rakyat dan pasukan sukarelawan.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan masyarakat di ESSZone menyertai anggota sukarelawan dalam apa sahaja agensi, khususnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu ESScom.

Datuk Seri Shahidan bercakap dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa pulau di sekitar Lahad Datu dan Semporna.

Lawatan itu bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan aset-aset yang dimiliki oleh ESSCom di kawasan berkenaan.

 

Ends/Ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s