11/11/2015:KKLW Lulus Peruntukan RM60 Juta Naiktaraf Jalan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (K.K.L.W) meluluskan permohonan peruntukan berjumlah 60-juta ringgit bagi menaiktaraf jalan raya dari Kg Tomani sehingga ke Kg Kaang di Kemabong, Tenom.

Menterinya, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerja menaiktaraf jalan raya sepanjang 28 kilometer itu akan dimulakan tahun depan secara berperingkat.
Beliau memberitahu media selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Alutok, Kemabong.
Menurut Dato’ Seri Ismail, di Sabah sejumlah 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kerajaan pusat bagi pembangunan luar bandar meliputi 28 peratus kawasan di negeri ini. Ia melibatkan kerja menaik taraf jalan raya di kawasan pedalaman serta penyediaan bekalan air bersih dan elektrik.

Terdahulu berucap dalam majlis berkenaan, beliau mengingatkan rakyat untuk berganding bahu membantu kerajaan merealisasikan pembangunan yang dirancang demi keselesaan hidup masyarakat .
End/Loy/RA/WS/Cov/Beta/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s