11/11/2015:Lapor Kehadiran Individu Mencurigakan Di Kawasan Pencawang Elektrik

Pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB) berjaya memberkas seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang SESB di Batu 3, Tawau, KELMARIN.

Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Aset SESB, Muhamad Nazri Pazil dalam kenyataan media berkata, suspek berusia lingkungan 20-an dan merupakan warga asing itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di pencawang elektrik berkenaan. Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Muhamad Nazri, sejak sebulan lepas sebanyak 11 kes cubaan mencuri harta SESB direkodkan, melibatkan kerugian kira-kira 300-ribu ringgit.

Katanya, pihak SESB akan terus membuat pemantauan di setiap pepasangan elektrik miliknya dan meminta pengguna yang terlihat individu mencurigakan di kawasan pencawang elektrik untuk menghubungi talian khas Polis Bantuan SESB di 088-282455 agar kejadian seumpama itu tidak berulang.
Ends/ber/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s