11/11/2015:MRSM Kota Kinabalu Rangkul Emas Dalam Kejohanan W-R-O

Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas dalam Kejohanan World Robot Olympiad (W.R.O) bagi kategori Gen II Soccer di Doha, Qatar baru-baru ini.

Mohamad Fawwaz Zakwan dan Zahin Anif Saiful masing-masing pelajar tingkatan empat dan tiga mengungguli persaingan dengan mengatasi 43-buah negara yang menyertai pertandingan berkenaan.

Mereka yang ditemui media selepas tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabanga Kota Kinabalu meluahkan rasa syukur usaha yang dilaburkan beroleh kejayaan.

Guru pengiring yang juga Penasihat Kelab Robotic MRSM Kota Kinabalu Mohd Shamsul Haq Mohd Hanif pula menyifatkan kemenangan itu hasil kerjasama padu dan sokongan pelbagai pihak.

Tambahnya, MRSM Kota Kinabalu bakal menghantar lima lagi pelajar bagi mewakili negara dalam pertandingan sama di Seoul, Korea yang akan disertai 13-buah negara pada bulan Disember depan.

 

Ends/sjk/arnold/Cov/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s