11/11/2015:Platform Kongsi Amalan Dan Kegiatan Penyelidikan

Seramai 70 peserta terdiri dari warga penyelidik institusi pengajian tinggi seluruh negara dijangka menyertai Persidangan Teknologi, Kejuruteraan dan Inovasi Kebangsaan 2015 anjuran Politeknik Kota Kinabalu pada 17 hingga 18 November INI.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Roslee Yahya dalam kenyataan media berkata, program itu merupakan antara usaha pihaknya menyumbang kepada transformasi Pendidikan Tinggi dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, persidangan yang julung kali diadakan itu juga menjadi platform berkongsi amalan dan kegiatan penyelidikan terutamanya berkaitan bidang Teknologi Berasaskan Kayu, selain medan melahirkan modal insan berdaya saing yang dapat meningkatkan martabat institusi terlibat.

Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi seluruh negara menyertai persidangan berkenaan.

 
Ends/st/Rina

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s