12/11/2015:Kesedaran Penggunaan Sistem HDRB Masih Ditahap Rendah

Kesedaran penggunaan Sistem Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) dalam pembinaan yang bertujuan menahan kesan gegaran gempa bumi masih di tahap yang rendah.

Ke arah itu, pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran kepentingan penggunaan bahan pengasingan asas bagi melindungi struktur seperti bangunan dan jambatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Lembaga Getah Malaysia, Dr.Zairossani Mohd Nor berkata, gempa bumi yang berlaku di Ranau 5 Jun lepas membuktikan gempa bumi boleh berlaku di negara ini yang mana dikategorikan sebagai zon selamat.

Sehubungan itu beliau menyarankan sistem HDRB digunakan oleh semua struktur bangunan khususnya bangunan yang berkepentingan tinggi seperti hospital, sekolah, jambatan, pusat pengumpulan data, pusat komunikasi dan kilang.

Jelasnya, keberkesanan penggunaan sistem tersebut terbukti apabila ia digunakan secara meluas di Jepun yang sering berhadapan dengan bencana tersebut.

Beliau berucap merasmikan Seminar Galas Getah Beredaman Tinggi di Kota Kinabalu.
Ends/Rita/Za/Cov-AN

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s