12/11/2015:PPRMCS Adakan Mesyuarat Agung Tahunan Sabtu Ini

Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah (PPRMCS) yang ditubuhkan pada 2009, mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya Sabtu ini di Rumah B-P Sembulan.

Mesyuarat bertujuan memilih Ahli Jawatankuasa Majlis Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, penubuhan persatuan itu bertujuan menyemarakkan semangat pengakap dalam kalangan Pengakap Raja dan pengakap di seluruh negeri.

Ia turut menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara dalam pelbagai bidang, membantu dalam penarafan Pengakap Raja Negeri Sabah serta mengekalkan taraf Pengakap Raja di Sabah.

Sehingga kini, PPRMCS dianggotai 71 ahli dengan lebih 500 pemegang Anugerah Lencana Pengakap Raja dan Queen Scout yang pernah diterima Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr.Marcus Mojigoh dan Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Haji Yusof Datuk Haji Kassim.

 

Ends/Farizie/St-AN

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s