12/11/2015:Sabah Rekod 1002 Kes Keselamatan Libatkan Kanak-Kanak

Sabah merekodkan seribu-2 kes keselamatan melibatkan kanak-kanak bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri, Mohamad Noor Wahab berkata, antara kes yang dilaporkan ialah pengabaian sebanyak 138 kes, penderaan seksual 89 kes, penderaan fizikal (44), buang bayi (4), kanak kanak terlibat jenayah (554), kes luar kawal (74), terdedah kepada bahaya moral (38) dan perlindungan segera 61 kes.

Tidak mampu bertindak dan membuat keputusan sendiri, selain mudah diperdaya merupakan punca kanak kanak mudah terdedah kepada ancaman dan individu yang ingin mengeksploitasi mereka.

Sehubungan itu, katanya, Bahagian Kanak kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan kempen keselamatan kanak kanak di sekolah bertemakan ‘Sahabat Bijak – safe and protect’. Projek perintis program diadakan di Melaka pada Oktober lalu.

Objektif kempen ialah menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak kanak serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan keselamatan kanak-kanak dan undang-undang yang diperuntukkan.

Mohamad berucap dalam majlis Kempen Keselamatan Kanak Kanak di Sekolah – Sahabat Bijak : Safe and Protect di Putatan, Kota Kinabalu. Teks ucapan dibacakan Timbalannya, Sitiameh Haji Ruman.

Empat buah sekolah di Sabah dipilih untuk program tersebut iaitu Sk Kolombong, Sk Stella Maris, SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu dan Sk Kelanahan, Papar.

Maria/Cov-AN

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s