13/11/2015:24 Gelandangan Ditahan Malam Tadi

Seramai 24 gelandangan, pengemis, kanak-kanak jalanan dan pesakit mental ditahan dalam Operasi Menangani Masalah Sosial yang dijalankan sekitar bandaraya Kota Kinabalu bermula pukul 9.30 MALAM TADI.

Daripada jumlah itu, 17 merupakan lelaki dan perempuan dewasa serta 7 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, operasi lebih dua jam itu melibatkan 160 anggota penguatkuasa daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Sabah.

Turut terlibat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah dan Hospital Bukit Padang.

Operasi itu antara lain bertujuan menangani isu gelandangan, pengemis serta kanak-kanak jalanan yang dikhuatiri mengundang masalah sosial sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Jainab menyatakan demikian dalam sidang media selepas menyertai operasi itu di sekitar Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya di ibu negeri.

 

Rtka/Rtka (Farizie/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s