16/11/2015:Bunga Rafflesia Keithii Ditemui Di Tenom

Taman Pertanian Sabah (TPS) Tenom mengesahkan Bunga Rafflesia yang tumbuh di kawasan kebun getah milik penduduk Kampung Matob, dekat Kampung Kalang, Tenom adalah jenis Bunga Rafflesia Keithii.

Menurut Pegawai Penyelidik (Botani) TPS Tenom, Jain Linton bunga tersebut merupakan satu daripada tiga spesis bunga rafflesia yang terdapat di negeri ini.

Katanya, spesis bunga itu sangat sukar ditemui. Ia tumbuh di kawasan tanah rendah dan mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk mekar sebelum layu antara empat hingga lima hari kemudian.

Jain yang dihubungi Pemberita RTM di Tenom meminta orang ramai yang menjumpai bunga rafflesia agar tidak memusnahkannya kerana ia boleh menarik perhatian ramai terutama para pelancong asing untuk melihat bunga itu secara lebih dekat.

 

Ends/alizaali/loy/int

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s