16/11/2015:DBKK Saran Graduan UMS Daftar Ahli Rakan Bandaraya

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyarankan para graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mendaftar sebagai ahli Rakan Bandaraya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkin berkata borang keahlian boleh dimuat turun dari laman sesawang DBKK.

Katanya, penyertaan itu berupaya menggalakkan para graduan untuk terus menyumbang kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan di kawasan bandaraya.

Malah, beliau yakin, pendekatan itu mampu membantu DBKK menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya sejahtera, terbersih dan terindah, sekaligus mempromosikan Sabah sebagai destinasi pilihan pelancong.

Datuk Abidin berucap selepas Majlis Perarakan Berjubah Graduan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu Kali Ke-9, Sempena Majlis Konvokesyen UMS Ke-17, Tahun 2015. Seramai 200-orang menyertai perarakan tersebut.

Sementara itu, Naib Cancelor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata seramai lima ribu 81-pelajar di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari 65-program akademik akan bergraduat tahun ini. Jumlah itu akan meningkatkan lagi ahli alumni UMS yang kini mencecah 55-ribu 787-orang.

 

Ends/alizaali/sahira/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s