16/11/2015:KAPSA Peka Dan Komited Hulur Bantuan Kebajikan Terhadap Anggotanya

Kelab Anggota Penerangan Sabah (KAPSA) sentiasa peka dan komited untuk menghulurkan bantuan kebajikan terhadap anggotanya tanpa mengira status, kaum mahupun agama.

Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Haji Almain Ajirul berkata ia termasuk memberi penghargaan sempena kejayaan cemerlang anak-anak kakitangan penerangan, sambutan Hari Keluarga, sambutan Hari Sukan Penerangan, Majlis Berbuka Puasa serta memberi bantuan kebajikan kepada mangsa kematian, bencana dan golongan fakir.

Beliau berharap program seumpama bukan sahaja dapat membantu meringankan beban anggota KAPSA malah mengeratkan hubungan kesepaduan dalam kalangan anggota.

Datuk Haji Almain berucap demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Ahli Kelab Anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah Tahun 2015 di Kota Kinabalu.

Sumbangan berjumlah RM8-ribu seratus ringgit disampaikan Penasihat KAPSA, Dato’ Mohd Saidi Haji Sariah kepada Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Haji Almain Ajirul.

Daripada jumlah itu, sumbangan kebajikan sebanyak seribu 350-ringgit disampaikan oleh Datuk Haji Almain kepada 9 orang anggota KAPSA. Manakala Dato Mohd Saidi menyampaikan 2-ribu ringgit kepada KAPSA Beaufort dan 4-ribu 750-ringgit kepada KAPSA Negeri Sabah.

 

Ends/Shon/RG/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s