16/11/2015:Menilai Tahap Integrasi Antara Pelbagai Elemen Pesawat Pejuang

Sebanyak sembilan pesawat pejuang dan helikopter terlibat dalam demonstrasi Kuasa Tembakan Udara Ke Bumi ‘Air to Ground’ yang diadakan PAGI TADI di Lapang Sasar Udara, Kem Paradise, Kota Belud.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata latihan tersebut bertujuan menilai serta meningkatkan tahap integrasi antara pelbagai elemen pesawat pejuang, pesawat pengangkut, helikopter dan Pasukan Khas Udara. Ia juga melihat keupayaan pesawat melancarkan pelbagai persenjataan tepat ke sasaran selaras dengan Doktrin Komtemporari yang diguna pakai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jelasnya, latihan itu merupakan sebahagian daripada Eksesais Paradise Siri 2/2015 yang dilaksana TUDM bermula 9 November lalu hingga 22 November ini. Ia sekaligus menguji dan mempertingkatkan keupayaan serta kesiapsagaan TUDM di ruang udara Sabah melibatkan kawasan Wilayah Udara 2.

Jeneral Tan Sri Roslan ditemui media semasa sesi Latihan Kuasa Tembakan Udara ke Bumi di Lapang Sasar Udara, Kem Paradise, Kota Belud.

Katanya, kejayaan mengoperasikan pelbagai pesawat dari kategori berbeza menggunakan jenis peluru berlainan tepat ke sasaran membuktikan juruterbang TUDM berada pada tahap kecekapan dan kesiapsagaan terbaik.

 

Ends/alizaali/Farizie/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s