16/11/2015:PBNS Mohon Sebidang Tanah Untuk Diusahakan

Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) memohon sebidang tanah daripada kerajaan negeri untuk diusahakan, sekaligus menjadi satu daripada sumber pendapatan perbadanan itu.

Pengerusinya, Datuk Haji Abdul Muis Haji Picho berkata permohonan itu merupakan antara kaedah yang boleh membantu PBNS mengatasi kekangan sumber kewangan dan kemudahan asasnya.

Walaupun PBNS menerima peruntukan satu juta ringgit setiap tahun daripada kerajaan negeri, namun katanya badan itu tetap komited menjana pendapatan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti dan program kebajikan perbadanan itu dapat diteruskan.

Datuk Haji Abdul Muis ditemui Pemberita RTM selepas melancarkan Majlis Back To School 2016 di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Seramai seratus pelajar kurang berkemampuan masing-masing menerima sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai seratus ringgit yang didebitkan terus ke dalam Akaun Simpanan Tabung Haji.

Program itu melibatkan pelajar dari 10-sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Saga-Saga, Membakut; (SK) Benoni, Papar; SK Nongkolud, Tuaran; SK Tombovo, Penampang; dan SK Kepayan, Kota Kinabalu.

 

Ends/oli/ay/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s